Budak budak kelas science serayan graduate tahun 2003 terkenal dengan sumpahan bujang ( tiada teman wanita ) yang serious. Fenomena ini boleh dikenal pasti pada beberapa budak serayan yang jiwang melampau seperti saya, Hon Mun dan lain lain lagi yang sentiasa berjiwang keseorangan semasa hari valentines, sambil mengeluh panjang.
Symptom jiwang ni agak serious, biasanya diikuti dengan perasaan bersendirian terutamanya masa malam dan asyik meletakkan nickname yang super emo kat msn untuk menarik perhatian orang ramai. Ada pulak yang emo tak pasal pasal sehingga menghidap insomnia, ada yang cuba memabukkan diri dgn alcohol, ada yang terlalu ghairah menonton filem blue demi melupakan kisah cinta mereka yang sentiasa tak membuahkan hasil ... alangkah sedihnya..
Tapi .. baru baru ni seekor lagi budak serayan yang menuntut ilmu di Singapura berjaya melepaskan diri dari sumpahan yang maha berkuasa ini, tahniah diucapkan kepada beliau !
Sumpahan ini bukannya takde basis.. sebenarnya adalah masalah psychology yang disebabkan elemen-elemen yang tertentu. Selepas membuat beberapa kajian terperinci untuk melepaskan diri dari sumpahan laknat ini, saya telah mendapati sesuatu fakta:
1) Budak-budak serayan yang kena sumpah .. sebahagiannya berciri loser sebab asyik nak mencari gf yang super hot macam america next supermodel.
2) Budak-budak serayan yang kena sumpah ni .. yang tidak loser dan mampu mencari gf hot tetapi ditinggalkan later, masih dihantui oleh super hot gf dia yang lampau, malah meletakkan standard yang lebih tinggi.
3) Budak-budak serayan biasanya pemalu dan tidak berani memikat perempuan random.
4) Budak-budak serayan sebenarnya baik hati, tidak berani mencuba hubungan baru kerana takut melukai hati perempuan.
5) Budak-budak serayan sentiasa bagaikan punguk merindukan bulan .. memimpikan sesuatu yang tak dapat tercapai..
Tapi benda-benda soal cinta ni tiada betul dan salah. Bak kata blog kak Mishan, "There is no right or wrong in love. There is only love or not love."
Semoga budak-budak serayan dapat mengejar kebahagiaan dalam masa yang tersingkat ..